THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Wednesday, October 14, 2009

iSu Undang-unDaNg IsLam : kErajAan bArat MenyErang UndanG-unDang IsLam

Kerajaan Barat telah bersatu untuk mengutuk satu undang-undang yang pada saat ini sedang diusul kepada Dewan Parlimen Afghanistan, berkaitan isu hak-hak wanita didalam perkahwinan. Pemimpin boneka didalam dunia Islam sangat terkenal dengan sejarah penerapan undang-undang yang rosak, sistem Islam yang tidak lengkap dan kegagalan dalam menerapkan penyelesaian segala permasalahan hidup mengikut kerangka Islam yang mencegah timbulnya permasalahan berangkai lain.

Undang-undang yang penuh kontroversi ini tidak dapat di ketahui secara terperinci dan benar dari sumber-sumber media Barat. Mereka melaporkan bahawa undang-undang itu memaksa seorang isteri untuk memenuhi nafsu seksual suaminya dan para isteri tidak dibolehkan untuk keluar rumah tanpa kebenaran dari suami. Justeru, walau apa pun perinciannya tentang undang-undang baru yang diusul ini, sudah tentu ianya akan menjadi satu lagi alasan untuk menyerang sistem sosial Islam.

Undang-undang Perkahwinan Islam telah menggariskan betapa pentingnya mengutuhkan sesebuah perkahwinan dan seterusnya membina sebuah keluarga Islam yang kukuh. Ianya juga sebagai petunjuk bahawasanya Islam memandang wanita sebagai makhluk yang tinggi martabatnya dengan mematuhi dan menunaikan kewajipan terhadap suaminya bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan para isteri apabila mereka meninggalkan rumah.

Merujuk kepada undang-undang yang diusul itu, Presiden Obama berkata, “ Saya merasakan undang-undang ini adalah sesuatu yang sangat menjijikkan” dan PM Gordon Brown pula berkata, “ Undang-undang ini berisiko meletakkan Afghanistan kembali seperti masa lampau dan bukannya maju ke hadapan kearah demokrasi dimana kaum lelaki dan wanita diberikan hak yang saksama.” Terma-terma seperti “ melegalisasikan rogol didalam perkahwinan”, “perhambaan seks” dan “golongan wanita dipenjarakan” telah menyumbang kepada tuduhan dan kata-kata emosi yang keluar hasil dari ketakutan dan histeria yang mengelilingi undang-undang yang diusul ini.

Islam mempunyai pandangan yang amat jelas terhadap peranan lelaki dan wanita di dalam sebuah perkahwinan. Islam telah meletakkan bahawa kekuatan sesebuah perkahwinan dan seterusnya pembinaan sebuah keluarga yang didasari dengan fikrah Islam, merupakan perihal yang amat penting didalam konsep asas rumahtangga. Begitu juga dalam memandang golongan wanita sebagai makhluk yang bermartabat di dalam sesebuah masyarakat dan juga mewajibkan para isteri dan suami untuk melaksanakan fungsi masing-masing di dalam rumahtangga bagi memastikan keharmonian dan kesejahteraannya.

Pada saat mereka menyerang undang-undang Islam satu persatu,para pemimpin Barat ini seolah-olah tidak menghiraukan berlakunya peningkatan yang menjijikkan didalam kes-kes penderaan rumahtangga, kekerasan dan jenayah rogol yang didepani oleh golongan wanita negara-negara sekular liberal di depan mata mereka sendiri. Di United Kingdom, 1 nisbah 4 wanita menghadapi keganasan rumahtangga dan 1 nisbah 20 telah dirogol. Di Amerika Syarikat pula, seorang wanita menghadapi serangan seksual setiap dua setengah minit!

Tambahan lagi, Kerajaan Barat dengan senang hatinya tidak memperdulikan rayuan majoriti daripada wanita-wanita Afghan berikutan kemasukan sistem demokrasi liberal ke dalam Negara itu. Setelah lapan tahun pencerobohan berlalu, berjuta-juta wanita di Afghanistan berdepan dengan kemiskinan, merempat, peningkatan keganasan dan keadaan hidup yang sukar untuk digambarkan. Pelacuran juga bertambah di negara itu akibat dari kemiskinan yang melarat yang terpaksa dihadapi oleh mereka. “Seks untuk sekeping roti” sudah menjadi suatu pertuturan yang lazim di negara itu.

Kes-kes rogol dan penculikan sudah menjadi satu wabak. Lebih dari 70 peratus rakyat Afghanistan kekurangan zat makanan dan lebih dari 80 peratus wanita Afghan buta huruf. Kanak-kanak perempuan terus-terusan dikahwinkan secara paksa bagi melangsaikan hutang atau menyelesaikan pertelingkahan puak. Negara itu juga melonjak ke tangga kedua tertinggi di dunia dalam senarai kadar kematian ibu bersalin dengan Wilayah Timur Badakshan mencatatkan rekod yang tertinggi dalam sejarah. Afghanistan mempunyai kadar kematian kanak-kanak tertinggi di dunia dengan satu perlima dari kanak-kanak Afghan menemui ajal sebelum berusia lima tahun. Negara itu juga mempunyai catatan angka tertinggi jumlah janda(berkadar dengan jumlah populasi Negara) di dunia, disebabkan konflik persenjataan, iaitu seramai 1.5 juta dari 26.6 juta penduduk. Senario para wanita membakar diri sendiri hidup-hidup mahupun mencederakan diri sebagai satu jalan keluar dari kesengsaraan hidup dan kemiskinan yang melampau, juga semakin meningkat.

Merujuk kepada kontroversi ini, wakil jurucakap media Muslimah Hizbut Tahrir Britain, Dr Nazreen Nawaz berkata, "Pemerintahan Barat sedang mengetuai keruntuhan sosial dan institusi kekeluargaan di dalam Negara mereka, sepertimana mereka sedang bergelut dengan keruntuhan krisis kewangan system kapitalis yang mereka agungkan. Mereka juga dikeliligi oleh peningkatan kes-kes penceraian, penzinaan, kehamilan remaja dan institusi keluarga yang porak-peranda. Budaya ‘cintakan kebebasan’ dengan nilai-nilai liberal telah berjaya melahirkan sikap hedonistic dan individualistic dalam kehidupan yang semata-mata mengejar bayangan hawa nafsu dan kepentingan diri, dan langsung tidak memikirkan tentang tanggungjawab dan peranan sebenar setiap individu.

Tambahan pula, kata-kata indah “Kesamarataan Gender” dalam mentakrifkan hak-hak dan tanggungjawab golongan lelaki dan wanita di dalam sebuah masyarakat dan kehidupan berkeluarga, telah mengakibatkan hilangnya kemampuan untuk membendung gelombang serta arus penderaan dan pengabaian yang dihadapi oleh golongan wanita didalam masyarakat sekular, mahupun menghapuskan penindasan akibat budaya dan tradisi yang di hadapi oleh wanita didalam dunia Islam.

Manakala mengenai tuduhan terhadap Islam berkenaan “wanita sebagai hamba seks” di dalam sebuah perkahwinan, ianya adalah satu tuduhan yang melucukan dari pemimpin-pemimpin Barat yang memerintah dengan sistem yang membenarkan “ perhambaan seks” ke atas wanita melalui topeng “kebebasan’, dengan cara menerima pornografi, rumah pelacuran, dan mengeksploitasi tubuh badan wanita didalam industri pengiklanan mahupun hiburan. Maka amat jelas, Pemimpin-pemimpin Barat tidak berhak dan sama sekali tidak layak untuk menyerang Undang-undang Kekeluargaan Islam. Begitu juga dalam menasihati atau membincangkan isu “hak-hak wanita” kepada dunia Islam.

” Para wanita di Afghanistan dan juga diseluruh dunia Islam amat sedar tentang malapetaka yang didatangkan oleh idea demokrasi liberal di wilayah-wilayah mereka. Mereka memandang dengan amat jelas bahawa system demokrasi tidak dapat menjamin keselamatan mereka mahupun menyediakan keperluan-keperluan asas ataupun membela mereka dari tradisi penindasan yang dilakukan oleh masyarakat mereka. Mereka sedar bahawa dengan laungan mudah “kesamarataan gender” ataupun kuota tetap untuk wanita di dalam sistem Parlimen ke dalam perlembagaan Negara mereka, tidak akan dizahirkan sebagai sesuatu yang akan memperbaiki kehidupan harian seorang wanita di Negara mereka.

Mereka mengakui bahawa penerapan syariat Islam yang tidak menyeluruh tidak akan menjamin hak wanita Muslimah yang sebenar dalam Islam. Maka dengan itu, amatlah jelas mengapa berjuta-juta wanita Muslimah di seluruh dunia mengharapkan kembalinya tertegak sebuah Negara Khilafah sebagai sebuah penyelesaian sebenar kepada sistem busuk yang sedang merebak didalam wilayah-wilayah mereka. Sistem Islam yang diterapkan secara menyeluruh oleh Negara Khilafah itu nanti bakal meninggikan martabat mereka di dalam masyarakat, menghapuskan tradisi penindasan oleh suku kaum, memelihara keperluan asas kehidupan untuk mereka serta menjamin sebuah kehidupan yang bebas dari cengkaman ketakutan terhadap keganasan.”

1 comments:

A z i e m a said...

sesungguhnya pihak barat (orang-orang kafir)akan sentiasa mencari jalan dan helah untuk memburuk-burukkan islam. Namun mereka tidak akan sekali-sekali berjaya kerana islam adalah agama yang benar.