THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Wednesday, October 14, 2009

iSu pOLitiK IsLam : KeS mUrtAd daN peRanaN umAt iSLam

Ingatkah anda kes Natrah? Seorang wanita Belanda yang memeluk Islam dan berkahwin dengan Mansor Adabi dan telah dipaksa oleh ibu bapanya keluar dari Islam (Murtad) dan menggunakan mahkamah British di Singapura untuk dibawa balik ke Belanda. Kes itu menyaksikan orang melayu Islam dari seluruh pelusuk Tanah Melayu sanggup berjalan kaki dan berbasikal menuju ke Singapura berdemonstrasi semata-mata untuk mempertahankan aqidah seorang muslimah.

Ketika itu pada tahun 1950, sejarah mencatatkan, bedilan peluru serta cota tentera British tidak digeruni sedikitpun oleh ummat islam yang berdemonstrasi di Singapura! Buktinya, 18 orang syahid manakala 173 yang lain cedera kerana bertempur dengan tentera British.
Bagi penganut fahaman sekular dan liberal, saya menemui hujjah-hujjah dangkal mereka yang berbunyi "untuk apa mempertaruhkan nyawa sedangkan sudah mereka ketahui yang mereka akan gagal mempertahankan aqidah Natrah", "Demonstrasi hanya akan menunjukkan bahawa ummat Islam ganas dan menolak prinsip kebebasan" dan bermacam lagi tohmahan yang didengar. Perhatikan sesiapa jua yang berhujjah sebegini dan berhati-hatilah dengan mereka!

Kes Natrah telah menjadi bukti antara ketegasan membela maruah agama, dan kemudaratan apabila islam tidak memerintah. Kedua-duanya tidak pernah di ambil pengajaran oleh ummat Islam Malaysia. Apabila Tun Salleh Abbas menangguh 2 tahun kes Susie Teoh yang ketika itu berusia 16 tahun iaitu dengan kes dihalang memeluk Islam oleh ibu bapanya, sehinggalah Susie Teoh berusia 18 tahun, lalu Tun Salleh Abbas telah dipecat dari jawatan ketua hakim negara, ummat melayu diam.
Ianya manifestasi dari kebisuan yang panjang. Apabila kerangka Perlembagaan Malaysia dibentuk, tiada satu apapun dalam perlembagaan yang boleh dijadikan bukti bahawa Islam itu memerintah, ummat melayu diam. Diantara keriangan untuk mencapai kemerdekaan dan terkorbannya maruah agama,ummat Melayu telah membayar harga yang terlalu mahal untuk membeli masa depan maruah agama mereka dengan memilih untuk merdeka.
Apa yang dikesalkan ialah, ummat Melayu tidak pernah menyesal walaupun mendapat kemerdekaan dengan cara yang sebegitu. Buktinya, lihatlah kepada silibus kursus Biro Tatanegara yang memperbodohkan cara kemerdekaan negara Indonesia dan Pakistan dan beberapa lagi negara islam. Silibus tersebut mengangkat cara kemerdekaan sebegitu (Malaysia) sebagai cara kemerdekaan yang paling sempurna (perfect), sedangkan dan kesannya ialah, ummat Islam terus menjalani hidup sebagaimana biasa tanpa merasa sedikitpun rasa kesal kerana telah meletakkan agama mereka hanyalah sebagai agama rasmi negara di dalam artikel 3 perlembagaan.
50 tahun berlalu, saya melakar satu ketidakfahaman yang terlalu menebal pada persoalan mengapa ummat Islam masih memilih diam sebagai jalan keluar? Kes Lina Joy telah diumumkan pada 30 Mei 2007, dan ramai pemerhati yang mengatakan, terlalu banyak faktor yang akan membantu kemenangan di pihak Lina Joy. Nauzubillah, di saat ini saya masih tidak tahu mengapa ada lagi keputusan yang masih berpihak kepada Lina Joy.
Mengapa? Ringkas yang dapat saya rumuskan ialah, kerana sistemnya adalah sekular, kerana Islam tidak memerintah, dan kerana ummat Islam memilih untuk diam selama 50 tahun.
Sedarlah, bahawa apabila diam atas sesuatu perkara yang bersalahan dengan agama Islam padahal kita tahu bahawa itu adalah salah disisi Islam. Maka diam ini adalah menjadi satu dosa. Seluruh ummat Islam yang diam telah berdosa dan bakal dipersoalkan dihadapan Allah pada hari kiamat kelak.

Seorang mufti telah memberi komen tentang isu murtad dengan katanya :
"Bagi seseorang yang hendak murtad biarkan dia murtad. Disaat dia terniat untuk murtad, sebenarnya secara automatik dia telahpun terkeluar dari islam.Tidak harus bagi kita untuk menghalangnya daripada murtad. Kita boleh menasihati dan memujuknya supaya kembali kepada ajaran dan menghindari murtad, tetapi jika dia tetap berdegil kita tidak mempu untuk berbuat apa-apa".


Marilah sama-sama kita mendoakan kemenangan kepada Islam. Ingatlah, Allah tetap akan menyempurnakan agama ini walaupun dibenci oleh sebilangan besar golongan kafir dan munafik.Terpulang kepada anda untuk terus berdiam atau bangun membantah. Fikir-fikrkanlah!

0 comments: