MAHASISWA di semua institusi pengajian tinggi (IPT), rata-rata mendapat bantuan pelajaran berbentuk biasiswa atau pinjaman sama ada daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), yayasan negeri, majlis agama Islam, bank dan syarikat swasta.
Sejak masuk ke semester baru setiap tahun pinjaman atau biasiswa terus disalurkan kepada mahasiswa untuk pendidikan di IPT, dan kebanyakan bantuan pelajaran meningkat sehingga RM6,000 dan JPA pula meningkat sehingga RM5,000.
Apabila wang dimasukkan ke akaun mahasiswa, banyak perancangan timbul di kepala mahasiswa iaitu membeli buku rujukan, telefon bimbit baru, komputer, aksesori motosikal dan pakaian.
Daripada kebanyakan perancangan itu hanya beberapa perkara yang menjadi keperluan, yang lain adalah kehendak peribadi yang kadang-kadang melampaui batas.
Apabila ditanya 50 mahasiswa di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (UM) secara rawak sama ada menyimpan sedikit wang bantuan yang diberikan, cuma 62 peratus berbuat demikian. Amat memalukan mahasiswa yang sepatutnya menunjukkan contoh yang baik kepada masyarakat sepatutnya mempunyai simpanan untuk masa depan agar tidak menyusahkan orang lain.
Sesetengah mahasiswa yang dalam masa seminggu daripada tarikh menerima wang bantuan sudah habis dibelanjakan membayar hutang kawan serta membeli itu dan ini hingga dia terpaksa berhutang lagi atau terpaksa menyusahkan ibu bapa untuk mendapatkan wang tambahan.
Ada yang membazir membeli rokok, ada juga sanggup pergi ke Genting Highlands untuk berhibur. Amat tidak wajar mahasiswa melakukan perkara negatif itu.
Justeru, pengurusan kewangan di kalangan mahasiswa perlu dikemaskan, yang mana keperluan diutamakan daripada kehendak, pengurusan ini amat penting untuk membentuk peribadi cemerlang pada masa depan dalam realiti masyarakat.
Mohd Hanif Omar dari Jabatan Syariah Pengurusan UM ada menyatakan, kebanyakan mahasiswa tidak mempunyai buku pengurusan kewangan sedangkan ia penting agar aliran kewangan lebih efektif.
Jaringan Nasional Belia Mapan (MAPAN) melihat kewajaran mahasiswa untuk pengurusan kewangan adalah perlu dan wajib agar kewangan mahasiswa ini dialirkan secara betul dan efisyen.
Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang, SM Idris pula menyatakan masyarakat perlulah menjadi pengguna yang bijak dalam segala aspek kehidupan.
Kenyataan ini tidak dapat disangkal lagi kerana Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dengan pelbagai cara membuat kempen positif agar rakyat Malaysia peka mengenai pengurusan kewangan dan perbelanjaan harian.
KPDNHEP menggunakan media bercetak dan elektronik menggalakkan cara bijak berbelanja dengan slogan ‘pastikan mutu, bandingkan harga, beli yang perlu’. Slogan ini jelas menunjukkan bagaimana masyarakat perlu berbelanja dalam kehidupan seharian secara berhemah agar menjadi pengguna bijak, tidak terkecuali mahasiswa yang perlu berbelanja barang utama seperti buku rujukan.
Mahasiswa yang prihatin terhadap isu pengurusan kewangan ini perlulah peka dan sentiasa saling nasihat menasihati teman sekampus supaya berjimat cermat dan menyimpan agar menjadi mahasiswa yang bijak dalam pengurusan kewangan. Ini boleh dijadikan panduan apabila memasuki alam pekerjaan kelak.
Saturday, October 17, 2009
iSu pEnunTuT iSLam di iPt : 'hArus bIjak menguRus keWangaN, eLak peMbaziraN'
Posted by nurSaQsi at 9:43 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment