THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Friday, January 4, 2019

~LATIHAN KATA MAJMUK~

1          Murid-murid dikehendaki memakai _____________ketika bersenam di padang.
A  pakaian adat
B  pakaian sukan
C  pakaian seragam
D  pakaian angkatan


2          _____________Beng Keong berdarah dengan banyak kerana terkena pisau.
A  Ibu pejabat
B  Ibu negara
C Ibu pertiwi
D  Ibu jari


3          Kami sekeluarga menginap di _______________ itu semasa bercuti di Melaka.
A  rumah sakit
B  rumah tangga
C  rumah terbuka
D  rumah tumpangan


4          ________________yang dijaga oleh Edwin De Sar tidak dibolosi sepanjang perlawanan itu berlangsung.
A  Pintu gol
B  Pintu keluar
C  Pintu depan
D  Pintu jendela


5          __________________Guru Besar diperlukan untuk mengesahkan dokumen yang penting itu.
A  Beritahu
B  Sukarela
C Tandatangan
D  Tanggungjawab


6          Seng Yun mengulang kaji pelajaran dengan berpandukan ___________________ yang baru dibelinya.
A  buku kedatangan
B  buku catatan
C  buku rujukan
D  buku lima

7          Mei Lan menukar bingkai ___________________nya yang rosak kerana terjatuh ke lantai.
A  cahaya mata
B  cermin mata
C  mata pisau
D  matahari

8          __________________syarikat itu menikmati cuti selama tujuh hari semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri.
A  Suruhanjaya
B  Kakitangan
C  Pilihanraya
D  Olahraga

9          Larian Maraton itu terbuka kepada _________________ Malaysia sahaja.
       A  antarabangsa
       B  warganegara
       C  setiausaha
       D  matahari

10      Hakim itu menggunakan _______________nya semasa menjatuhkan hukuman kepada pesalah itu.
       A  budi bahasa
       B  budi pekerti
       C  budi bicara
       D  balas budi

11      Jejaka itu ternanti-nantikan ___________dengan gadis idamannya pada minggu depan.
      A  temu janji
      B  temu bual
      C  temu duga
      D  temu ramah

12      Pei Chen tidak ______________ walaupun kalah dalam pertandingan badminton yang disertainya.
       A  berputus asa
       B  bekerjasama
       C  berbelah bagi
       D berjimat cermat

13      Perarakan Hari Kemerdekaan akan disiarkan secara _______________ dari Dataran Merdeka.
       A  lalu lintas
       B  lintas akal
       C  litar pintas
       D  lintas langsung

14      Marsya kelihatan muram apabila dia hanya mendapat _________________ dalam pertandingan nyanyian.
A  baik hati
B  puas hati
C  sagu hati
D  gerak hati

15      Kai wong memasukkan sehelai kertas kecil yang mengandungi cadangannya ke dalam _____________.
A  peti besi
B  peti sejuk
C  peti wang
D  peti cadangan


16      “Jangan ______________kan hal peribadi dengan kerja kita,” kata Ali kepada rakan setugasnya.
A  tangan baju
B  campur aduk
C  tangan kanan
D  campur tangan

17      Cikgu Lim memastikan _______________lagu yang diterangkannya difahami oleh murid-murid.
A  seni kata
B  tutur kata
C  kata putus
D  kata laluan

18      Telefon bimbit yang lama itu tidak di___________________ lagi.
A  guna pakai
B  temu bual
C  kemas kini
D  ambil alih

19      Keluarga Winny berasa _______________atas pemergian datuk mereka.
A  sukarela
B  sukacita
C  peribadi
D  dukacita

20      Datuk telah mewasiatkan sejumlah ________________ kepada setiap anak-anaknya.
A  hak milik
B  asal usul
C  harta benda
D  harta pusaka