THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Wednesday, November 23, 2011

KELEBIHAN MADU, HABBAHTUS SAUDA, ZA'FARAN, KISMIS DAN KURMA

BismillahirRahmanirRahim...

1. KELEBIHAN MADU
Khasiat madu lebah telah disebutkan dalam Al-Quran, surah An Nahl ayat 68-69 di mana Allah berfirman :
"Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah;....kemudian makanlah dari tiaptiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat PENAWAR yang menyembuhkan manusia. Sesungguhnya pada yang demikian terdapat tanda-tanda bagi orang yang memikirkan". Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq, beliau berkata : "Biasakanlah dirimu memperoleh dua ubat iaitu meminum madu dan mebaca Al-Quran."

2. KELEBIHAN AL-HABBAH AS SAUDA (Habbahtus Sauda)
Sabda Rasulullah S.A.W:
"Tetaplah kamu dangan habbahtus sauda ini kerana sesungguhnya padnya terdapat penawar bagi segala penyakit kecuali as-saam (mati). "Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim"

3. KELEBIHAN ZA'FARAN
Saidina Ali (R.A) pernah menyatakan: "Barangsiapa yang memakan za'faran dan dimakan bersama madu sebanyak 2 sudu setiap hari, maka dikagumi ingatannya sehingga dituduh melakukan sihir."

4. KELEBIHAN KISMIS
Nabi Muhammad S.A.W bersabda: "Biasakanlah memakan kismis kerana kismis dapat menghilangkan kepahitan (hempedu/cairan kuning), menghilangkan lendir, menyihatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih."

5. KELEBIHAN KURMA
Sabda Rasulullah S.A.W : "Berilah makan buah kurma kepada ister-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya."

0 comments: