1 Murid-murid dikehendaki memakai _____________ketika bersenam di padang.
A pakaian adat
B pakaian sukan
C pakaian seragam
D pakaian angkatan
2 _____________Beng Keong berdarah dengan banyak kerana terkena pisau.
A Ibu pejabat
B Ibu negara
C Ibu pertiwi
D Ibu jari
3 Kami sekeluarga menginap di _______________ itu semasa bercuti di Melaka.
A rumah sakit
B rumah tangga
C rumah terbuka
D rumah tumpangan
4 ________________yang dijaga oleh Edwin De Sar tidak dibolosi sepanjang perlawanan itu berlangsung.
A Pintu gol
B Pintu keluar
C Pintu depan
D Pintu jendela
5 __________________Guru Besar diperlukan untuk mengesahkan dokumen yang penting itu.
A Beritahu
B Sukarela
C Tandatangan
D Tanggungjawab
6 Seng Yun mengulang kaji pelajaran dengan berpandukan ___________________ yang baru dibelinya.
A buku kedatangan
B buku catatan
C buku rujukan
D buku lima
7 Mei Lan menukar bingkai ___________________nya yang rosak kerana terjatuh ke lantai.
A cahaya mata
B cermin mata
C mata pisau
D matahari
8 __________________syarikat itu menikmati cuti selama tujuh hari semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri.
A Suruhanjaya
B Kakitangan
C Pilihanraya
D Olahraga
9 Larian Maraton itu terbuka kepada _________________ Malaysia sahaja.
A antarabangsa
B warganegara
C setiausaha
D matahari
10 Hakim itu menggunakan _______________nya semasa menjatuhkan hukuman kepada pesalah itu.
A budi bahasa
B budi pekerti
C budi bicara
D balas budi
11 Jejaka itu ternanti-nantikan ___________dengan gadis idamannya pada minggu depan.
A temu janji
B temu bual
C temu duga
D temu ramah
12 Pei Chen tidak ______________ walaupun kalah dalam pertandingan badminton yang disertainya.
A berputus asa
B bekerjasama
C berbelah bagi
D berjimat cermat
13 Perarakan Hari Kemerdekaan akan disiarkan secara _______________ dari Dataran Merdeka.
A lalu lintas
B lintas akal
C litar pintas
D lintas langsung
14 Marsya kelihatan muram apabila dia hanya mendapat _________________ dalam pertandingan nyanyian.
A baik hati
B puas hati
C sagu hati
D gerak hati
15 Kai wong memasukkan sehelai kertas kecil yang mengandungi cadangannya ke dalam _____________.
A peti besi
B peti sejuk
C peti wang
D peti cadangan
16 “Jangan ______________kan hal peribadi dengan kerja kita,” kata Ali kepada rakan setugasnya.
A tangan baju
B campur aduk
C tangan kanan
D campur tangan
17 Cikgu Lim memastikan _______________lagu yang diterangkannya difahami oleh murid-murid.
A seni kata
B tutur kata
C kata putus
D kata laluan
18 Telefon bimbit yang lama itu tidak di___________________ lagi.
A guna pakai
B temu bual
C kemas kini
D ambil alih
19 Keluarga Winny berasa _______________atas pemergian datuk mereka.
A sukarela
B sukacita
C peribadi
D dukacita
20 Datuk telah mewasiatkan sejumlah ________________ kepada setiap anak-anaknya.
A hak milik
B asal usul
C harta benda
D harta pusaka
Friday, January 4, 2019
~LATIHAN KATA MAJMUK~
Posted by nurSaQsi at 1:40 PM 0 comments
Subscribe to:
Posts (Atom)