THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Monday, January 25, 2010

^corat coret^

salam...
huhu...sekadar menulis aje....
arini eppy sgt...coz pe yg aku cri slame ni da jupe...
bkn bmksud ari2 yg sblum ni aku x jupe pe yg aku cri...
tp...aku da dpt yg slme ni brt n skar utk dcari...
dgn x sngje aku jupe arini...
huhuuu.....
tp...baye jgk aku jupe bnde ni...
krne ia akn mnyingkap smle kenangan silam aku...
yg phit, hmpedu, sedeh, htam, n sbgainye...
yg aku sndri x nk ingt lgsung..

2009 bwu je blalu...
blum smpi sbulan pun saat aku mnulis ni...
tp dah hmpir2 laa...hee :D
tp...
aku dah smkin ok...
alhmdulillah...
bg aku..ni la 1st time aku mninggalkan thun yg dah bllu dgn hrpn aku xkn mgingati lg sgla knangan phit dan mnis...
yg sblum2 ni ade jer dlm otak ni...
tp "year 2009" ni len la..
bdebu klu ade dlm otak aku..
tkot mrosakkn pgangan, impian, cita2 n prinsip hidup aku..
bg aku, x de permulaan n pengakhiran pun dlm kotak memori aku kat kpale ni utk mrewind smule sgle pe yg tlh aku lalui spnjg 2009 ni...
sgt tragis n hmpr2 mbwe khncran pada dri aku sndri..
Tuhan msih myayangi aku...
aku msih x trlewat utk sedar...
SYUKUR YA RABB..

bg aku 2009 dah tkubur..
klu kple aku ni mcm kaset pun..
leh smpn byk2 record n leh rewind2 sna sni...
nmun,,aku dah set.. xkn leh rewind lg record2 pd this year ni..
kire untung skitla...coz aku x llui thun 2009 ni...
tbe2 pas 2008 trus 2010...ahah..hahahaha...

aku mulakan dgn 2010..
yg aku azamkn mga2 indah...
ya,,,,indah pd 2010 ni...
aku akn susun ngn amal2 yg bmnfaat..
ngn org2 yg bgne n aku akn jauhkan dr bsikn n pengaruh api yg mbwe bau2 hangit..
aku nk jd insan yg sbnr2 insan..
yg tau jg dri wlu trhumban n terbawa dek arus kmane sje..
aku akn cbe jdkn dri ini kmbli smle sprtmne aku mle2 mgenali kipsas..
dnia tmpat aku mrase nikmat ukhwah islam yg sbnr..
blaja erti hdup dlm rona roni makaroni yg plbgai..
nikmat dkat dgn masjid n mjauhi maksiat2..
ya ALLAH,tingginye kuasamu mbuke pntu ati pd hmbamu..
smga taubat n impian ku dtrima olehmu insyaALLAH..

bln Jan hmpir tamat..
usia ku jgk hmpir gnap 24 thun..
pe yg pasti..
kpd arwah abhku yg dsyangi..
ankmu akn mbawa berkat tnjuk ajar n nshtmu whai abah di atas pentas smntra ini..
nntikn ankmu mysul di dniamu dgn bbekalkn rahmatNya.. insyaALAH ..
sntiasa lah lawati ankmu dsni ya abah..
ankmu sgt2 mrindukanmu..

klu la abh ade..
tntu kak x rase sesal dgn 2009 yg kak jlni..
tntu kak x ttpu dgn mainan dnia n kseronokn yg jhil 2..
sbb abh sllu bntu kak ble kak bengkok dlm mllui jln dnia ni..
nmun..
2009 gagal mnjdi coretan dlm realiti hdup akk yg djni slme ni..
akk xmhu tcoret lgsung..
tp...
abh jgn sedeh n mnanges dgn pe yg akk da lakukn slme yg abh mgkin npk or lht..
krne..
mgkin ni pngjran n ss2 yg ingn dtunjukkan olehNya agr akk lbh bk n sntse mgingtiNya..
akk ttp bsyukur ..
bsyukur dgn sgle2nye..

mmm.....uhuk2.. :(
rase cm x best dah la mo0d aku ni..
huhuuu...
aku nk mngdu dgnNya..
aku nk g mandi la..

k....salam...

Wednesday, January 13, 2010

! Kesan Melakukan Maksiat !





Maksiat membahayakan manusia di dunia dan di akhirat. Jika ditanya diri sendiri, adakah kita mengetahui kesan melakukan maksiat? Kesannya sebenarnya hanya dapat diketahui oleh Allah. Namun demikian, kesan maksiat hanya dapat dirasai oleh pelaku maksiat. Secara umumnya maksiat dapat menggelapkan :

• Menggelap Cahaya Ilmu
• Menutup Pintu Rezeki
• Menimbulkan Keresahan Dalam Hati
• Menimbulkan Kegelapan Hati
• Melemahkan Hati dan Badan
• Menghalang Diri dari Taat
• Mengurangkan Umur dan Menghapuskan Keberkatan
• Mengurangkan Amalan Baik




Bagaimana Maksiat Menggelap Cahaya Ilmu?
Sesungguhnya ilmu adalah cahaya yang diletakkan oleh Allah, sedangkan maksiat memadam cahaya tersebut. Imam Syafi’i duduk didepan Imam Malik. Dia membacakan sesuatu yang kepada Imam Malik, Imam Malik sangat mengagumi ketajaman ketajaman fikirannya. Lalu Imam Malik berkata, ” Aku melihat, Allah telah meletakakkan cahaya dalam hatimu. Jangan padamkan cahaya itu dengan kegelapan maksiat”






Bagaimana Maksiat Menutup Pintu Rezeki?
Dalam Musnad dikatakan ” Sesungguhnya seorang hamba tidak mendapatkan rezeki kerana dosa yang dilakukannya”. Sekiranya seseorang itu bertakwa kepada Allah ia akan mendatangkan rezeki, manakala meninggalkan takwa akan mendatang kefakiran dan kemiskinan.





Bagaimana maksiat menimbulkan Keresahan Hati dan Kesusahan?
Sesungguhnya orang yang paling sengsara ialah mereka yang miskin iman dan melanggar suruhan Allah. Mereka ini, selamanya akan berada dalam kesengsaraan, kepedihan, kemurkaan dan kehinaan.

"Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta".(Surah Taha;124)
Tidak ada seseuatu yang dapat membahagiakan jiwa, membersih, menyucikannya membuat tenang dan menghalau kebimbangan darinya selain keimanan yang benar kepada Allah SWT.





Bagaimana Maksiat Menimbulkan Kegelapan Hati?

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Ketahuilah bahawa dalam jasad manusia ada seketul daging (segumpal darah), jika baik maka baiklah seluruh anggota dan jika rosak maka rosaklah seluruh anggota, itulah hati.”Bukhari dan Muslim
Hati adalah tempat bersemayam segala perasaan. Perasaan-perasaan ini bergolak dan berubah cepat di dalam hati. Jika hati dikuasai oleh perasaan positif, amal yang lahir adalah kebaikan. Namun, jika ia dikuasai oleh perasaan negative, amal yang lahir adalah keburukan.

Bila seorang hamba telah jatuh kedalam kemaksiatan dia akan dikhianati oleh hati nya dan lidahnya serta seluruh anggota tubuh, yang mana hatinya akan menjadi gelap. Kegelapan hatinya boleh menyebabkan hatinya tidak tertarik untuk bertawakkal kepada Allah. Keadaan ini boleh diibaratkan Seseorang itu yang mempunyai sepasukan askar yang mana bertujuan untuk membelanya dari musuh. Akan tetapi dirinya mengabaikan askar-askar itu dengan melemahkannya dan menyebabkan hubungan dengan mereka terputus. Apabila dia inginkan askar-askar tersebut melawan musuh, asakar-askar tidak mempunyai kekuatan lagi.





Bagaimana maksiat melemahkan hati dan badan?
Hati hanya berjalan menuju Allah SWT dengan kekuatan sendiri.sekiranya seseorang terjangkiti dengan dosa, hati akan kehilangan kekuatannya. Sesungguhnya orang mukmin itu kekuatannya terletak pada hati. Sekiranya hatinya kuat, badannya pun turut menjadi kuat .

B3R! S@LaM kEpAda LaWAn jENIs AdALaH fItNAh?






Ada yang mengatakan, beri salam kepada lawan jenis hukumnya haram secara mutlak. Ini tidak benar, bahkan hal itu disyari’atkan apabila aman dari fitnah berdasarkan hadits-hadits berikut yang terbahagi kepada 2:
1. Salam perempuan kepada lelaki.
• Dalil pertama:
عَنْ أُمِّ هَانِئٍ قَالَتْ: ذَهَبْتُ إِلَى النَّبِيِّ عَامَ الْفَتْحِ فَوَجَدْتُهُ يَغْتَسِلُ وَفَاطِمَةُ ابْنَتُهُ تَسْتُرُهُ (بِثَوْبٍ) فَسَلَّمْتُ عَلَيْهِ فَقَالَ: مَنْ هَذِهِ؟ فَقُلْتُ: أَنَا أُمُّ هَانِئٍ بِنْتُ أَبِيْ طَالِبٍ فَقَالَ: مَرْحَبًا بِأُمِّ هَانِئٍ.
Dari Ummu Hani’ berkata: “Saya pernah datang kepada Nabi pada tahun fathu (Mekkah) sedang beliau ketika itu sedang mandi. Dan putrinya, Fathimah menutupinya dengan pakaian lalu saya ucapkan salam padanya. Rasulullah bertanya: “Siapa ya?” Jawabku: “Saya Ummu Hani’ binti Abi Thalib”. Nabi bersabda: “Selamat datang wahai Ummu Hani”. (HR. Bukhari no. 6158 dan Muslim no. 336).
Dalam hadits ini Ummu Hani’ mengucapkan salam kepada Nabi padahal dia tidak termasuk mahramnya.
• Dalil kedua:
عَنِ الْحَسَنِ الْبَصْرِيِّ قَالَ: كُنَّ النِّسَاءُ يُسَلِّمْنَ عَلَى الرِّجَالِ
Dari Hasan Al-Bashri berkata: “Dahulu para wanita (sahabat) mengucapkan salam kepada kaum laki-laki”. (HR. Bukhari dalam Adabul Mufrad no. 1046 dengan sanad hasan).
B. Salam lelaki kepada perempuan.
• Dalil pertama:
عَنْ أَبِيْ حَازِمٍ عَنْ سَهْلٍ قَالَ: كُنَّا نَفْرَحُ يَوْمَ الْجُمُعَةِ. قُلْتُ لِسَهْلٍ: وَلِمَ؟ قَالَ: كَانَتْ عَجُوْزٌ تُرْسِلُ إِلَى بُضَاعَةَ –نَخْلٍ بِالْمَدِيْنَةِ- فَتَأْخُذُ مِنْ أُصُوْلِ السِّلَقِ فَتَطْرَحُهُ فِيْ قِدْرٍ وَتُكَرْكِرُ حَبَّاتٍ مِنْ شَعِيْرٍ. فَإِذَا صَلَّيْنَا الْجُمُعَةَ انْصَرَفْنَا وَنُسَلِّمُ عَلَيْهَا فَتُقَدِّمُهُ إِلَيْنَا مِنْ أَجْلِهِ وَمَا كُنَّا نَقِيْلُ وَلاَ نَتَغَذَّى إِلاَّ بَعْدَ الْجُمُعَةِ.
Dari Abu Hazim dari Sahl berkata: “Kami sangat gembira bila tiba hari Jum’at”. Saya bertanya kepada Sahl: “Mengapa demikian?” Jawabnya: “Ada seorang nenek tua yang pergi ke budha’ah -sebuah kebun di Madinah- untuk mengambil ubi dan memasaknya di sebuah periuk dan juga membuat adonan dari biji gandum. Apabila kami selesai shalat Jum’at, kami pergi dan mengucapkan salam padanya lalu dia akan menyuguhkan (makanan tersebut) untuk kami. Itulah sebabnya kami sangat gembira. Tidaklah kami tidur siang dan makan siang kecuali setelah jum’at”. (HR. Bukhari no. 6248 dan Muslim no. 859).
• Dalil kedua:
عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ: قَالَ رَسُوْلُ اللهِ: يَا عَائِشَةُ هَذَا جِبْرِيْلُ يَقْرَأُ عَلَيْكَ السَّلاَمَ. قَالَتْ: قُلْتُ وَعَلَيْهِ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ تَرَى مَا لاَ نَرَى تُرِيْدُ رَسُوْلَ اللهِ.
Dari Aisyah berkata: Rasulullah bersabda: “Wahai Aisyah, Tadi Jibril mengirimkan salam kepadamu”. Aku (Aisyah) menjawab: “Dan baginya salam dan kerahmatan Allah, engkau (Rasulullah) dapat melihat apa yang tak dapat kami lihat”. (HR. Bukhari no. 6249 dan Muslim no. 2447).
• Dalil ketiga:
عَنْ أَسْمَاءَ بِنْتِ يَزِيْدَ الأَنْصَارِيَّةِ: مَرَّ عَلَيْنَا النَّبِيُّ فِيْ نِسْوَةٍ فَسَلَّمَ عَلَيْنَا
Dari Asma’ binti Yazid Al-Anshariyyah berkata: “Rasulullah pernah melewati kami -para wanita- dan beliau mengucapkan salam kepada kami”. (Shahih. Diriwayatkan Abu Daud (5204), Ibnu Majah (3701), Darimi (2/277) dan Ahmad (6/452). Lihat pula As-Shahihah no. 823 oleh Al-Albani).
• Dalil keempat:
عَنْ كُرَيْبٍ مَوْلَى ابْنِ عَبَّاسٍ أَنَّ عَبْدَ اللهِ وَعَبْدَ الرَّحْمَنِ بْنَ أَزْهَرٍ وَالْمِسْوَرَ بْنَ مَخْرَمَةَ أَرْسَلُوْهُ إِلَى عَائِشَةَ زَوْجِ النَّبِيِّ فَقَالَ: اقْرَأْ عَلَيْهَا السَّلاَمَ مِنَّا جَمِيْعًا وَسَلْهَا عَنِ الرَّكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْعَصْرِ…
Dari Kuraib, maula Ibnu Abbas bercerita bahwa Abdullah bin Abbas, Abdur Rahman bin Azhar dan Miswar bin Makhramah pernah mengutusnya kepada Aisyah, istri Nabi. Mereka mengatakan: Sampaikan salam kami semua kepadanya dan tanyakan padanya tentang shalat dua rakaat setelah Ashar…(HR. Muslim no. 834).
Dalil-dalil di atas secara jelas menerangkan bahawa boleh memberi salam kepada lawan jenis. Imam Bukhari dalam bab Shahihnya “Bab memberi salam kaum lelaki kepada perempuan dan memberi salam kaum perempuan kepada lelaki”.
Al-Hafidz Ibnu Hajar menjelaskan dalam Fathul Bari juz 11 hal.33-34:
“Imam Bukhari mengisyaratkan dengan bab ini untuk membantah riwayat Abdur Razaq dari Ma’mar dari Yahya bin Abi Katsir, beliau berkata: “Telah sampai khabar kepadaku bahwasanya dibenci kaum laki-laki salam kepada wanita dan wanita salam kepada pria”. Tetapi atsar ini sanadnya maqthu’ atau mu’dhal (jenis hadits lemah). Maksud bolehnya di sini apabila aman dari fitnah.
Al-Hulaimi berkata: “Barangsiapa yang yakin terhadap dirinya selamat dari fitnah, hendaknya dia mengucapkan salam dan bila tidak maka diam lebih utama”.
Al-Muhallab juga berkata: Salamnya kaum laki-laki kepada wanita atau sebaliknya hukumnya boleh apabila aman dari fitnah”. (Lihat pula Syu’abul Iman (6/461) oleh Imam Baihaqi).
• Kesimpulannya: boleh memberi salam kepada perempuan berdasarkan syariat yang telah dianjurkan mengikut kaedah-kaedah dalil yang telah diterangkan di atas :
دَرْءُ الْمَفَاسِدِ مُقَدَّمٌ مِنْ جَلْبِ الْمَصَالِحِ
“Membendung kerusakan lebih utama daripada mendapatkan kemaslahatan”.